21 September 2010 - 20:30

Kuwait akan melucutkan kewarganegaraan ulama Syiah yang dikategorikan sebagai pencerca isteri nabi.

Agensi Berita Ahlul Bait-ABNA.ir, Agensi Berita Kuwait (KUNA) melaporkan bahawa kerajaan Kuwait akan melucutkan kewarganegaraan ulama Syiah yang dianggap pencerca isteri Nabi (saw)

KUNA menyatakan kabinet kerajaan pada hari Isnin meluluskan draf perlucutan kewarganegaraan Kuwait Yaseer al-Habib kerana jenayah yang memalukan.

Kritikan Habib terhadap Aisyah yang bergelar Ummul Mukminin menyebabkan protes dari beberapa ulama Sunni dan penggubal undang-undang dan mengancam perang saudara akan melatus. Dianggarkan sepertiga warga Kuwait adalah pengikut Syiah.